PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN UMUM DI IPTS
Keywords:
Mata Pelajaran Umum, Bahasa Melayu, PersepsiAbstract
Mata pelajaran umum (MPU) diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebagai menggantikan mata pelajaran wajib (MPW). Terdapat beberapa subjek yang wajib dikendalikan dalam bahasa Melayu seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, dan bahasa Kebangsaan A. Dalam kajian ini tumpuan diberikan terhadap pengunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran umum ini. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti penggunaan dan pemahaman pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran umum ini. Soal selidik telah dijalankan dan diedarkan melalui google form yang telah dihantar dan dikongsikan dengan 366 pelajar dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara persepsi responden terhadap MPU dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran subjek MPU. Justeru, pelajar dapat memahami pengajaran dan pembelajaran MPU dalam bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai suatu langkah yang baik untuk IPTS membantu mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu di negara ini dengan menawarkan program melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu.