TIPOLOGI KETERANCAMAN DIALEK MELAYU PATANI DI CHEPIR SIK, KEDAH

Authors

  • Wan Khairulhusna Wan Mokhtar Universiti Antarabangsa INTI
  • Mohd Sharifudin Yusop University Putra Malaysia

Keywords:

Keterancaman Bahasa, Kelestarian Bahasa, Dialek Minoriti, Masyarakat Melayu Patani, Dialek Melayu Patani

Abstract

Kajian tentang keterancaman dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan. Begitu juga halnya yang berlaku kepada dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Patani apabila turut mengalami beberapa masalah berkaitan keterancaman akibat pertembungan silang bahasa dan budaya serta pengaruh daripada bahasa luar. Keadaan ini didapati mengganggu dialek asal mereka. Jadi, penelitian terhadap dialek Melayu Patani penting bagi melihat situasi sebenar masyarakat mereka pada masa kini dan akan datang. Objektif kajian ialah menghuraikan tipologi keterancaman dialek Melayu Patani di Sik Kedah. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah model Sasse (1992) yang mencadangkan Model Teoretikal Kematian Bahasa. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif juga digunakan bagi memperoleh data melalui kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik soal selidik, rakaman, dan pemerhatian. Hasil dapatan mendapati terdapat tiga faktor penting dalam menentukan pelestarian sesuatu bahasa atau dialek iaitu faktor ibu bapa, faktor tempat tinggal dan faktor kebolehan berbahasa. Ketiga-tiga faktor ini mempunyai kelebihan yang boleh menentukan keutuhan bahasa ibunda. Selain itu, mereka juga berjaya menunjukkan sifat positif etnosentrik dan antusiasme yang tinggi dalam memartabatkan bahasa ibunda mereka. Situasi ini terbukti apabila dialek Melayu Patani masih dalam keadaan selamat walaupun terdapat pertembungan bahasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Wan Khairulhusna Wan Mokhtar, & Mohd Sharifudin Yusop. (2024). TIPOLOGI KETERANCAMAN DIALEK MELAYU PATANI DI CHEPIR SIK, KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/434