INSTRUMEN PANTUN BERESTETIKA
Keywords:
Instrumen Pantun Berestetika, Maklum Balas Guru dengan Murid, Temubual, Senarai semak PemerhatianAbstract
Pembinaan instrumen Pantun Berestetika (PB) merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Pembinaan PB diuji di sekolah untuk mendapatkan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaannya. Kertas kerja ini memfokuskan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaan instrumen pantun berestetika. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian lapangan dan analisis dokumen di empat buah sekolah. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru dan 60 orang murid di sekolah rendah. Pemilihan peserta kajian secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan senarai semak pemerhatian, protokol temubual dan analisis dokumen. Lokasi kajian di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan. Dapatan kajian maklum balas guru menunjukkan penggunaan instrumen mempunyai keistimewaan dalam tiga aspek iaitu isi kandungan, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan manakala maklum balas murid mendapati instrumen PB mempunyai aspek pemikiran kritis, kaya perbendaharaan kata, komunikasi, kesediaan global, dan kolaboratif. Implikasi kajian ini diharapkan guru dan murid dapat menggunakan PB dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mempunyai langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik.