EMOSI DAN EKSPRESI BUDI BAHASA REMAJA DALAM INTERAKSI ATAS TALIAN
Keywords:
Budi Bahasa, Emosi Komunikasi, Komunikasi RemajaAbstract
Pembangunan media sosial membolehkan pengguna menggunakannya dalam semua bidang, tujuan, dan masa. Perubahan penggunaan dan pendedahan media banyak mempengaruhi proses interaksi pengguna. Emosi dan komunikasi adalah aspek utama dalam kajian ini. Isu berkaitan seperti bagaimana pengguna berinteraksi dengan aspek ‘sopan’ dalam penggunaannya seharusnya menarik untuk dibincangkan. Kajian ini mengenalpasti tahap penggunaan media sosial dengan emosi remaja serta ekspresi sopan yang dizahirkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik kepada seramai 395 remaja di Pulau Pinang. Kaedah analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis ‘bivariate’. Penemuan menunjukkan bahawa aspek kesopanan menjadi pertimbangan dalam mengekspresikan emosi dengan emotikon yang dipilih oleh responden. Bagi kertas kerja ini, dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara emosi positif remaja sepanjang penggunaan media sosial dengan peringkat budi bahasa yang dipaparkan. Cadangan kajian ini menyatakan emosi remaja adalah cabang yang menarik untuk diterokai bagi tujuan penerokaan kajian secara komunikasi online.