KEBERKESANAN MODUL FLIPPED CLASSROOM TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA JERMAN DAN KETERLIBATAN PELAJAR

Authors

  • Yap Leng Lee University Putra Malaysia
  • Ruhizan Mohammad Yasin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Flipped Classroom, Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Jerman, Keterlibatan Pelajar

Abstract

Pembelajaran bahasa asing secara pasif di dalam bilik darjah tidak memanfaatkan dan pembelajaran bahasa asing sepatutnya mengembirakan. Kegagalan pelajar mengaplikasikan tatabahasa yang telah dipelajari dalam pembelajaran bahasa Jerman menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan pembelajaran bahasa Jerman dengan menggunakan Modul Flipped Classroom yang mengubah konsep bilik darjah yang berdinding konkrit kepada bilik darjah yang tidak bersempadan. Kaedah Flipped Classroom ini effektif jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan penglibatan aktif ini menyumbang kepada pembelajaran yang berkualiti dan bermakna. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen, reka bentuk penukar ganti, di mana tiga sesi rawatan dilaksanakan ke atas sampel yang terdiri daripada 36 orang pelajar dalam sesi 1, 35 orang pelajar dalam sesi 2 dan 3. Ujian parametrik Ujian-t, ANOVA satu hala dan ANCOVA satu hala digunakan untuk menganalisis kesan intervensi terhadap pencapaian bahasa Jerman. Manakala ujian-t, ANOVA satu hala dan MANCOVA dilaksanakan untuk menganalisis kesan intervensi terhadap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman. Walaupun hasil kajian tidak dapat membuktikan kesan yang positif secara signifikan dalam pencapaian bahasa Jerman dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran bahasa Jerman dengan menggunakan Modul Flipped Classroom, akan tetapi pelajar yang mengikuti Modul Flipped Classroom menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam pencapaian bahasa Jerman dan keterlibatan pelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang mengikuti Modul Traditional. Flipped Classroom disarankan untuk diintegrasikan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman sepenuhnya supaya pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan menjadi lebih menarik dan lebih berkesan. Selain itu, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman akan menjadi lebih tersusun dan setiap minit pembelajaran bersemuka dapat digunakan sepenuhnya oleh para pengajar dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh para pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-16

How to Cite

Yap Leng Lee, & Ruhizan Mohammad Yasin. (2024). KEBERKESANAN MODUL FLIPPED CLASSROOM TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA JERMAN DAN KETERLIBATAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/443