MENGATASI KESALAHAN BACAAN TEKS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UMS-KAL MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

Authors

  • Siti Nurul Aishah Abdul Hamid Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Katijah Johari Universiti Malaysia Sabah
  • Nurul Ain Zulhaimi Universiti Malaysia Sabah
  • Nur Shafiekah Sapan Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Aishah Ramli Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

PBP, Kemahiran Membaca Teks, Bahasa Arab, UMS-KAL

Abstract

Pembelajaran sesuatu bahasa asing amat menitikberatkan kepada penguasaan kemahiran asas antaranya kemahiran membaca yang perlu diberikan penekanan oleh setiap pelajar di peringkat permulaan. Begitu juga keadaannya terhadap pembelajaran Bahasa Arab yang merupakan bahasa ketiga atau diiktiraf sebagai bahasa asing dalam komuniti di Negara Malaysia. Antara kemahiran yang difokuskan dalam kajian ini adalah tertumpu kepada kemahiran membaca teks Bahasa Arab. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan bacaan pelajar yang sering dilakukan ketika membaca teks Bahasa Arab seterusnya mengenalpasti sejauhmanakah kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dapat mengatasi dan mengurangkan kesalahan-kesalahan bacaan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar ketika membaca teks semasa ujian membaca pra dan pasca. Pengurangan kesalahan-kesalahan itu dikenalpasti daripada sebelum dan selepas olahan PBP itu dilaksanakan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 69 pelajar yang telah mendaftar kursus Bahasa Arab tahap 3 pada sesi pengajian 2019/2020 di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set ujian membaca pra dan pasca berpandukan format panduan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang telah digariskan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Siti Nurul Aishah Abdul Hamid, Siti Katijah Johari, Nurul Ain Zulhaimi, Nur Shafiekah Sapan, & Siti Aishah Ramli. (2024). MENGATASI KESALAHAN BACAAN TEKS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UMS-KAL MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP). INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/460