KONSEP SASTERA ISLAM OLEH SIDDIQ FADHIL

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa
  • Muhammad Nur Farhan Zamziba Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Maqasid Al Syariah, Al Tahsiniyat, Pengabdian, Tema, Berbakti, Penghayatan, Realistik, Agama, Bentuk, Perhiasan

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan konsep sastera Islam yang dicetuskan oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq bin Haji Fadhil. Beliau telah membawa satu pandangan baharu dalam dunia sastera iaitu penggabungan antara sastera Islam dengan Maqasid al Syariah bahagian al Tahsiniyat. Beliau juga menetapkan 4 syarat dalam untuk melahirkan sesebuah sastera Islam iaitu, pertama: penulis sastera Islam itu mestilah beragama Islam. Kedua: Muslim tersebut mestilah menghayati agama Islam dengan sebenar-benar penghayatan kerana melalui penghayatan tersebut akan lahir sebuah sastera Islam. Ketiga: sastera Islam tersebut mestilah membawa pengabdian kepada Allah. Keempat: sastera Islam tersebut juga mestilah yang dapat memberi manfaat kepada seluruh makhluk ciptaan Allah. Di samping 4 syarat yang ditetapkan, beliau juga tidak mengabaikan dua aspek utama bagi sesebuah sastera iaitu bentuk dan tema. Selain itu, beliau juga menolak fahaman Seni untuk Seni dan Seni untuk Masyarakat kerana dua fahaman ini tidak bersifat realistik dan hanyalah sebuah khayalan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Adli Yaacob, & Muhammad Nur Farhan Zamziba. (2024). KONSEP SASTERA ISLAM OLEH SIDDIQ FADHIL. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/550