REALITI SOSIAL WATAK WANITA DALAM CERPEN “KA-MANAKAH TERBANGNYA SI BURONG SENJA” DARIPADA LENSA TAKLIF
Keywords:
Taklif, Sahsiah, Karya Kreatif, Keruntuhan Moral, PelacurAbstract
Makalah ini akan mengetengahkan karya kreatif ‘Ka-mana Terbangnya Si Burong Senja’ karya A. Samad Said yang menampilkan isu keruntuhan moral. Cerpen kajian dilihat sebagai satu wacana hak asasi manusia yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan hak-hak asasi manusia dalam pembentukan dinamik sosial dan budaya melalui paparan watak dan perwatakan masyarakat tidak bermoral penuh signifikan. Karya A. Samad Said perlu dihayati dari segi pemaknaan dalamannya. Kerangka Taklif akan digunakan untuk membincangkan hasil dapatan kajian kerana dalam pandangan Islam pada prinsipnya alam semesta ini milik Tuhan yang Maha Esa. Dengan menggunakan pendekatan analisis teks, kajian akan melakukan belokan ke dalam dan membawa pembaca supaya lebih terbuka mindanya membaca mesej pengarang dari lensa keislaman yakni kembali kepada pencipta dalam proses pembentukan sahsiah.