IMPAK PENGGUNAAN CD-ROM KAEDAH CEPAT MEMBACA DAN MENULIS HURUF KONSONAN
Keywords:
Multimedia Interaktif, KACEMM, Huruf kecil, KonsonanAbstract
Kajian ini bertujuan meninjau kesan penggunaan Multimedia Interaktif Kaedah Cepat Membaca dan Menulis atau KACEMM terhadap pencapaian murid dalam aspek penulisan huruf kecil konsonan b, p, d, m, dan n sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang murid pemulihan khas bagi dua buah sekolah di Seremban. Kajian ini berfokus kepada kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan Multimedia Interaktif KACEMM. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian-t Sampel Berpasangan. Analisis ujian pasca menunjukkan bahawa pengajaran yang diajar dengan menggunakan Multimedia Interaktif KACEMM menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding sebelum pendedahan dengan bahan berkenaan. Dalam memastikan impak bahan dengan menggunakan Multimedia Interaktif KACEMM merentas tahap kebolehan murid, guru disarankan untuk mengaplikasi dan mengajarkan penulisan tersebut dengan berdasarkan kebolehan murid.