EVALUATION OF MOBILE HEALTH APPLICATION (MHEALTH) FROM THE PHARMACIST PERSPECTIVE
Keywords:
Penilaian, Aplikasi Mudah Alih, mHealth, Sistem Maklumat Kesihatan, Sistem Maklumat Farmasi, Ahli Farmasi, Pengguna, Sosio-TeknikalAbstract
Penggunaan teknologi mudah alih kesihatan (mobile health) (mHealth) dalam amalan klinikal semakin popular di kalangan ahli profesional kesihatan. Namun, penilaian terhadap penerimaan dan penggunaan mHealth kurang diberi tumpuan khususnya dalam bidang farmasi. Faktor yang mempengaruhi penerapan dan kriteria pengukuran penilaian mHealth masih tidak jelas dan wajar dikaji supaya kesan negatif akibat penggunaan mHealth boleh dielak. Kajian kes secara kualitatif dilaksanakan di sebuah hospital dan sebuah institusi kerajaan Malaysia untuk menilai teknologi mHealth dari perspektif ahli farmasi. Kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dijalankan untuk mengenal pasti ciri dan faktor penggunaan mHealth berdasarkan kerangka penilaian Penjajaran manusia-organisasiteknologi (Human-Organisation-Technology-Fit)(HOT-fit). Dapatan menunjukkan tujuh elemen yang mempengaruhi penggunaan mHealth iaitu: 1) mudah diguna, 2) mudah dipelajari, 3) tanggapan kegunaan, 4) kepuasan keseluruhan, 5) sokongan pihak pengurusan atasan, 6) proses klinikal dan 7) keberkesanan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kerangka HOT-fit boleh diadaptasi untuk menilai mhealth dan hasil penilaian boleh digunakan sebagai input dan panduan kepada penggunaan dan pembangunan teknologi mHealth di masa hadapan