ANALISIS FUZZY DELPHI TERHADAP KONSTRUK UTAMA MODEL PENGAJARAN e-Tvet BAGI KURSUS MEKANIKAL DAN PEMBUATAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Authors

  • Mohd Khairul Nuzul Hassan Univeriti Pendidikan Sultan Idris
  • Abu Bakar Ibrahim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Muhammad Nidzam Yaakub Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Keywords:

Model ICT, e-Tvet, Model Pengajaran

Abstract

Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan masa kini telah mengubah cara manusia belajar dan mengajar. Pelbagai kaedah dan cara pengajaran diperkenalkan dengan tujuan agar proses pengajaran menjadi lebih baik dan berkesan. Penggunakan kepelbagaian media sebagai medium penyampaian ilmu telah menjadi suatu keperluan kepada guru pada masa kini. Guru mempunyai akses yang lebih luas kepada ilmu melalui peralatan ICT. Inovasi dalam pedagogi harus berubah seiring dengan perubahan dalam teknologi semasa. Keupayaan ICT dalam menyampaikan ilmu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pendidik guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konstruk-konstruk utama dalam pembinaan model pengajaran bagi bidang kejuruteraan mekanikal berasaskan ICT(e-Tvet) di Kolej Vokasional di Malaysia. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 20 orang pakar yang terdiri dari pensyarah Universiti dan IPG. Pemilihan sampel adalah dengan kaedah sampel bertujuan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM). Hasil analisis data dan penemuan kajian ini telah menghasilkan konstruk-konstruk utama dalam membangunkan model pengajaran serta keutamaan konstruk tersebut dalam membentuk sebuah model pengajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-15

How to Cite

Mohd Khairul Nuzul Hassan, Abu Bakar Ibrahim, & Muhammad Nidzam Yaakub. (2018). ANALISIS FUZZY DELPHI TERHADAP KONSTRUK UTAMA MODEL PENGAJARAN e-Tvet BAGI KURSUS MEKANIKAL DAN PEMBUATAN DI KOLEJ VOKASIONAL. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 3(10), 20–33. Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/1049