MODEL PERMASALAHAN KESESAKAN TRAK DI DEPOH KONTENA KOSONG: KESAHAN MELALUI TEKNIK DELPHI
Keywords:
Pengurusan Kontena, Teknik Delphi, Depoh Kontena Kosong, Kesesakan, TrakAbstract
Perdagangan dunia telah berkembang dalam dua dekad yang lalu dan mengakibatkan permintaan terhadap kontena turut meningkat. Dengan ini, pengangkutan kontena melalui trak semakin berkembang samada di dalam atau luar terminal pelabuhan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pengesahan pakar terhadap kejelasan dan praktikaliti model ‘permasalahan kesesakan di depoh kontena kosong’ melalui teknik Delphi. Teknik ini dilaksanakan sebanyak dua pusingan oleh beberapa orang pakar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan kontena. Secara keseluruhannya, analisis Delphi menunjukkan bahawa nilai purata adalah melebihi 75%, membuktikan bahawa model rantaian masalah kesesakan ini telah mendapat persetujuan daripada panel pakar. Akhir sekali, semua panel pakar berpandangan bahawa pembangunan model ini berupaya memberikan kefahaman yang jelas mengenai faktor-faktor yang terlibat dalam masalah kesesakan di depoh luar pelabuhan. Justeru, model ini juga dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk tindakan pihak berkepentingan bagi mengurangkan masalah kelewatan terutamanya semasa operasi pengambilan dan penghantaran kontena kosong.