ANALISIS PEMILIHAN FAKTOR KESESAKAN TRAK DI DEPOH LUAR PELABUHAN MALAYSIA: PENDEKATAN PROSES HIRAKI ANALITIK

Authors

  • Rosmaizura Mohd Zain Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Ainon Ramli Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Keywords:

Kontena, Proses Hiraki Analitik, Kesesakan, Depoh Kontena Kosong, Trak

Abstract

Peningkatan dalam jumlah pengendalian kontena dalam industri maritim telah membawa perkembangan yang pesat dalam sektor perkhidmatan pengangkutan. Pengangkutan merupakan salah satu aktiviti logistik yang penting untuk pergerakan barangan, sekiranya diperlukan oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan jumlah kontena yang menggalakkan telah mengakibatkan kesesakan dan menjejaskan kebolehcapaian trak ke terminal atau kawasan penyimpanan kontena. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan pangkatan faktor-faktor kesesakan, serta pihak berkepentingan yang paling banyak mempengaruhi permasalahan ini melalui teknik Proses Hiraki Analitik (PHA). Dalam analisis PHA, pihak perkapalan (sebanyak 43%) mewakili peratusan paling tinggi yang mempengaruhi masalah kesesakan di depoh, dan di antara lima faktor, pengendalian operasi (sebanyak 34%) adalah faktor yang utama mengatasi faktor-faktor lain. Akhir sekali, kajian lanjutan pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan mengambilkira prioriti faktor dan pihak yang terlibat demi meminimumkan masalah kesesakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-03-15

How to Cite

Rosmaizura Mohd Zain, & Ainon Ramli. (2020). ANALISIS PEMILIHAN FAKTOR KESESAKAN TRAK DI DEPOH LUAR PELABUHAN MALAYSIA: PENDEKATAN PROSES HIRAKI ANALITIK. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 5(16), 50–61. Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/1097