KAJIAN AWAL DALAM KESEDIAAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdR) SECARA DALAM TALIAN: PENILAIAN DALAM CAPAIAN INTERNET

Authors

  • Mohd Azrul Abdul Rajak Preparatory Centre for Science and Technology, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Ayu Afiqah Nasrullah Preparatory Centre for Science and Technology, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Suriana Lasaraiya Preparatory Centre for Science and Technology, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sitty Nur Syafa Bakri Preparatory Centre for Science and Technology, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Ketika pandemik COVID-19 melanda negara Malaysia, pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdR) dilaksanakan bagi menggantikan sesi pembelajaran secara bersemuka. Kesediaan pelajar pra-universiti dalam pelaksanaan PdR membantu untuk penyampaian pendidikan yang berkualiti. Ia dapat dikaji melalui capaian internet, persekitaran pembelajaran, ekonomi pelajar, kesesuaian kandungan kursus dalam talian, jenis platform e-pembelajaran yang digunakan dan lokaliti pelajar. Sehubungan itu, kajian awal ini bermatlamat untuk mengenalpasti hubungkait capaian internet terhadap kesediaan pelajar dalam PdR. Set soal selidik diedarkan kepada 344 pelajar bagi mendapatkan respon berkaitan dengan capaian internet yang digunakan, tahap kelajuan internet dan jenis peranti yang digunakan. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar mengakses internet melalui internet WiFi rumah (34.3%) dan data selular (33.1%). Kesemua pelajar mempunyai peranti untuk e-pembelajaran dimana 61.0% pelajar menggunakan gabungan komputer riba dan telefon pintar. Dapatan bagi tahap kelajuan capaian internet untuk mengakses PdR memperoleh (M=3.22, SP= 1.269) iaitu kelajuan capaian internet yang sederhana. Dapatan kajian dalam tahap kesalinghubungan dalam talian dan kebolehsediaan pelajar di dalam PdR menunjukkan (Min= 3.74, SP= 1.2006) dimana ia diatas tahap lebar jalur internet rendah dan kesegeraan tinggi; dan dibawah tahap lebar jalur tinggi dan kesegeraan rendah. Kajian awal ini membuktikan bahawa kualiti capaian intenet mempengaruhi kebolehsediaan pelajar pra-universiti dalam mengikuti PdR. Faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, ekonomi keluarga dan cuaca juga boleh mempengaruhi kualiti capaian internet pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Azrul Abdul Rajak, Ayu Afiqah Nasrullah, Suriana Lasaraiya, & Sitty Nur Syafa Bakri. (2024). KAJIAN AWAL DALAM KESEDIAAN PELAJAR PRA-UNIVERSITI BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdR) SECARA DALAM TALIAN: PENILAIAN DALAM CAPAIAN INTERNET. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2574