PENILAIAN APLIKASI DATUM TEGAK GEODETIK DI AMERIKA, AUSTRALIA, TAIWAN, NEW ZEALAND, KOREA SELATAN AND SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Nornajihah Mohammad Yazid Geospatial Imaging and Information Research Group (GI2RG), Faculty of Built Environment and Surveyin
  • Ami Hassan Md Din Geoscience and Digital Earth Centre (INSTEG), Faculty of Built Environment and Surveying, Universiti
  • Abdullah Hisam Omar Geomatics Innovation Research Group (GnG), Faculty of Built Environment and Surveying, Universiti Te
  • Nazirah Mohamad Abdullah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400, Parit Raja,
  • Muhammad Faiz Pa’suya Environment and Climate Change Research Group, Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Univer

Abstract

Ketinggian atau kedalaman atas permukaan bumi adalah unsur penting dalam sistem koordinat tiga dimensi. Kebiasaannya, nilai ketinggian atau kedalaman merujuk kepada permukaan rujukan yang tertentu dikenali sebagai datum tegak. Secara konvensional, datum tegak dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Geoid, Purata Aras Laut dan Pasang Surut Astronomi Terendah. Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengkaji semula aplikasi datum tegak geodetik daripada negara Amerika, Australia, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan dan Semenanjung Malaysia. Gambaran keseluruhan datum tegak geodetik diringkaskan untuk menyokong aplikasinya pada masa hadapan. Oleh itu, kajian semula yang mengandungi pengumpulan data, input data dan kaedah analisis dalam aplikasi datum tegak akan dibincangkan dan digariskan. Usaha ini adalah penting untuk perancangan dan kemajuan pembangunan datum tegak pada masa hadapan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nornajihah Mohammad Yazid, Ami Hassan Md Din, Abdullah Hisam Omar, Nazirah Mohamad Abdullah, & Muhammad Faiz Pa’suya. (2024). PENILAIAN APLIKASI DATUM TEGAK GEODETIK DI AMERIKA, AUSTRALIA, TAIWAN, NEW ZEALAND, KOREA SELATAN AND SEMENANJUNG MALAYSIA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2600