SISTEM PENGANGKUTAN BAS DALAM KAMPUS UNIVERSITI: PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP INDEKS KEPUASAN DARI KONSTRUK PENGURUSAN MASA DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Abstract
Pengurusan masa bagi seseorang pelajar di pusat pengajian tinggi adalah suatu perkara yang amat penting. Ia mempunyai impak yang signifikan terhadap prestasi akademik dan kokurikulum termasuk aktiviti interaktif sosial. Terdapat dua aktiviti penting yang melibatkan pengurusan masa pelajar di kampus universiti iaitu berkaitan dengan kehadiran ke kuliah dan aktiviti kokurikulum. Kelewatan atau ketidakkehadiran dalam aktiviti-aktiviti tersebut boleh menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar di universiti. Salah satu punca kelewatan ini adalah disebabkan oleh sistem pengangkutan bas di dalam kampus yang kurang efisien dan ini adalah objektif kajian bagi mendapatkan apakah perspektif pelajar terhadap isu tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara teknik kuantitatif bagi mengetahui mengenai kepuasan pelajar berdasarkan dua konstruk iaitu kebolehpercayaan dan pengurusan masa. Sejumlah 500 pelajar peringkat sarjana muda telah menjawab soal selidik disediakan melalui borang Google yang dihantar melalui emel dan aplikasi Whatsapp. Data kajian dibuat analisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan SPSS dan hasilnya diterjemahkan dengan indeks kepuasan yang bernilai dari sifar sehingga satu. Hasil keputusan secara langsung menunjukkan bahawa pelajar tidak berpuas hati terhadap kedua-dua konstruk tersebut dengan nilai 0.42 bagi pengurusan masa dan 0.49 bagi kebolehpercayaan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ezanee Mohamed Elias, Azman Ta’a, Muhamad Shahbani Abu Bakar, Santhirasegaran S. R. Nadarajan, Noor Hidayah Abu, & Norlila Mahidin. (2024). SISTEM PENGANGKUTAN BAS DALAM KAMPUS UNIVERSITI: PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP INDEKS KEPUASAN DARI KONSTRUK PENGURUSAN MASA DAN KEBOLEHPERCAYAAN. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2613
Issue
Section
Articles