PENGKOMPUTERAN HIJAU DI MALAYSIA: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI MAHASISWA

Authors

  • Shafinah Kamarudin Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selango
  • Siti Munirah Mohd Kolej GENIUS Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • Amelia Natasya Abdul Wahab Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
  • Mohd Faiz Zainuddin Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysi
  • Fatihah Ramli Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sa
  • Omar Faruqi Marzuki Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Bintulu Kampus, 97008 Bintulu,

Abstract

Wabak Covid 19 telah menyebabkan perubahan paradigma dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPr) di institusi pengajian tinggi kepada medium dalam talian. Amalan PdPr secara dalam talian meningkatkan penggunaan komputer dalam tempoh masa yang lama bagi memastikan kelancaran sesi PdP dan pembelajaran. Hal ini dilihat memberi impak secara langsung kepada penggunaan tenaga yang ketara dan secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Untuk mengurangkan kesan teknologi maklumat terhadap alam sekitar, salah satu solusi yang sering mendapat perhatian adalah pengkomputeran hijau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap mahasiswa di Malaysia tentang pengkomputeran hijau dengan kaedah tinjauan. Borang soal selidik dengan sebelas item digunakan untuk mengumpul data. Borang ini diedarkan secara dalam talian kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebanyak 192 responden terlibat dalam kajian ini. Bagaimanapun, sebanyak 182 borang soal selidik diguna untuk analisis. Hasil kajian mendapati majoriti mahasiswa mengetahui kewujudan konsep pengkomputeran hijau secara umum tetapi tidak sepenuhnya memahami kaedah pelaksanaan amalan pengkomputeran hijau dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, beberapa cadangan dikemuka untuk membangunkan strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan pengkomputeran hijau di kalangan mahasiswa Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Shafinah Kamarudin, Siti Munirah Mohd, Amelia Natasya Abdul Wahab, Mohd Faiz Zainuddin, Fatihah Ramli, & Omar Faruqi Marzuki. (2024). PENGKOMPUTERAN HIJAU DI MALAYSIA: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI MAHASISWA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2615