PERSEPSI TENTANG KEPENTINGAN PEMBANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA: KAJIAN KE ATAS PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Abstract
Sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang terpenting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Namun bangunan yang dibina kebanyakanya tidak melaksanakan pembangunan hijau yang boleh memelihara alam sekitar terutamanya di Malaysia. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi serta tahap kesedaran pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) tentang kepentingan dalam melaksanakan pembangunan hijau di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif iaitu dengan menggunakan kaedah soalan kaji selidik dan tertumpu kepada pelajar di Malaysia yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak 120 soalan kaji selidik telah diedarkan dan dijawab oleh pelajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa seramai 44 orang pelajar memahami tentang konsep asas pembangunan hijau dan selebihnya seramai 76 orang pelajar tidak begitu memahami tentang index bangunan hijau (GBI). Kebanyakan pendapat daripada pelajar menyatakan bahawa terdapat pelbagai manfaaat dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada pembangunan hijau terutamanya dari aspek kecekapan dalam penggunaan tenaga, penjimatan masa, ekonomi, sosial dan persekitaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Azizul Ridhuan Wahid, & Wan Nadzri Osman. (2024). PERSEPSI TENTANG KEPENTINGAN PEMBANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA: KAJIAN KE ATAS PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2634
Issue
Section
Articles