APLIKASI PENDIGITALAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DIKALANGAN INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DIMALAYSIA DIGITALIZATION
Abstract
Pendigitalan menjadi aspek kritikal mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia. Dunia pendigitalan kini digunakan dalam pelbagai bidang, pendidikan, perbankan, kesihatan juga dalam zakat dan lain-lain.. Pandemik Covid-19 yang bermula pada penghujung tahun 2019 telah menyebabkan pelaksanaan pendigitalan lebih agresif bagi mengekang penularan virus ini. Sejajar dengan keutamaan zakat sebagai salah satu sumber ekonomi islam, institusi zakat mula mengorak langkah kehadapan dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kutipan dan agihan zakat. Kini terdapat pelbagai kaedah baharu yang dilaksanakan dalam melaksanakan kutipan serta agihan zakat, dan ia masih berada dalam kerangka syarak, Disamping meneraju perubahan memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme pengurusan urusan kutipan dan agihan zakat. Pihak Institusi zakat percaya perkhidmatan digitalisasi, dapat memberi kemudahan kepada umat Islam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti senario institusi zakat dalam mengadaptasi teknologi pendigitalan pada masa kini. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi sumber dokumentasi, laporan institusi zakat, kajian-kajian lepas yang berkaitan digitalisasi zakat serta penelitian terhadap laman web institusi zakat di Malaysia bagi meninjau pendekatan digitalisasi yang dilaksanakan oleh institusi zakat di Malaysia. Hasil kajian menemukan adaptasi teknologi dalam pelaksanaan zakat di Malaysia sejajar dengan perkembangan teknologi IR 4.0. Dapatan kajian juga menunjukkan peranan pihak instistusi dalam mengadaptasi teknologi serta peranan teknologi dalam memperkasakan kewangan islam khususnya zakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noraini Saro, Azri Bhari, & Afandi Mat Rani. (2024). APLIKASI PENDIGITALAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DIKALANGAN INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DIMALAYSIA DIGITALIZATION. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2635
Issue
Section
Articles