PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS TERHADAP KURSUS CTU211 SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Authors

  • Wan Mohd Amjad Wan Halim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis
  • Siti Hanisah Sabri Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis
  • Afiffudin Mohammed Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis
  • Nor Iman Nabila Abu Bakar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis
  • Nor Syahida Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis
  • Nor Fatin Syuhaidah Nayan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Abstract

Mahasiswa merupakan aset yang amat berharga dalam membina peradaban bangsa di sesebuah negara. Kemandirian mahasiswa itu untuk mendepani cabaran globalisasi dan persaingan dalam pasaran yang sengit, kualiti subjek dan sukatan pelajaran yang dipelajari di universiti tidak kurang pentingnya dalam membentuk mahasiswa berdaya saing. Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Syed Saddiq yang mendakwa bahawa subjek wajib di universiti dilihat sebagai bebanan kepada mahasiwa. Menurut beliau, subjek wajib tersebut perlu dijadikan elektif sahaja kerana ia tidak penting serta menyebabkan memakan masa yang lama. Disebabkan kursus CTU211 merupakan subjek wajib bagi mahasiswa diploma sains UiTM, maka sudah tentu subjek tersebut menerima tempias daripada kenyataan tersebut. Satu kajian awal perlu dilakukan bagi membuktikan kerelevanan subjek wajib khususnya di Universiti Teknologi Mara. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji persepsi mahasiswa diploma Universiti Teknologi Mara cawangan Perlis terhadap kursus Sains dan Teknologi Islam memandangkan subjek ini adalah wajib bagi mahasiswa diploma dalam bidang sains secara umumnya di universiti berkenaan. Pengkaji menggunakan metode campuran kualitatif dan kuantitatif melalui kajian kepustakaan dan kaedah temu bual pensyarah yang mengajar kursus CTU211. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Selain itu, pengkaji menjalankan kaji selidik kepada 250 orang informan yang terdiri daripada mahasiswa diploma dalam bidang sains dan perladangan semester sesi Oktober 2021/Mac 2022. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini penting dalam mengkaji persepsi mahasiswa kerana subjek ini merupakan salah satu teras dalam pembinaan pandangan alam Islam mahasiswa bahawa ilmu sains merupakan fardu kifayah ilmu yang dituntut dalam agama Islam. Hasil tinjauan awal mendapati mahasiswa berpandangan bahawa kursus ini amat penting dalam membina kerangka pemikiran Islam dalam diri mereka. Mahasiswa juga berpandangan bahawa kursus ini relevan dan perlu diteruskan dalam usaha mendidik serta melestarikan anak bangsa khususnya dalam mengintegrasikan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wan Mohd Amjad Wan Halim, Siti Hanisah Sabri, Afiffudin Mohammed Noor, Nor Iman Nabila Abu Bakar, Nor Syahida Hashim, & Nor Fatin Syuhaidah Nayan. (2024). PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS TERHADAP KURSUS CTU211 SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2636