KONSEP DAN ISU PENGUMPULAN DATA MENGGUNAKAN PENDEKATAN CROWDSENSING: ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK

Authors

  • Abdul Yazid Zuri Manah Institut IR4.0, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Malaysia
  • Norshita Mat Nayan Institut IR4.0, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Syahmi Shahril Institut IR4.0, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kajian-kajian lepas yang menggunakan pendekatan crowdsensing. Melalui kajian ini, perlaksanaan konsep dan mekanisma crowdsensing yang sedia ada telah dikenal pasti bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan pendekatan crowdsensing seperti privasi dan integriti data, kualiti data, pertindihan data dan penggunaan tenaga juga dibincangkan di dalam kertas ini bagi mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilakukan. Kaedah pencarian artikel lepas telah dilakukan dengan menelusuri beberapa pangkalan data seperti Scopus, Web of Science (WOS), ACM Digital Library dan IEEE Xplore. Kriteria pemilihan artikel adalah: i) Tahun penerbitan antara 2008 dan 2022, ii) Bahasa melayu atau inggeris, iii) Membincangkan mekanisma yang digunakan, v) Menyatakan konsep perlaksanaan crowdsensing dan vi) Menyatakan isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan pendekatan crowdsensing. Berdasarkan daripada hasil tinjauan mendapati bahawa crowdsensing adalah merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengumpulan data. Pendekatan ini adalah satu konsep yang boleh diguna pakai di dalam pembangunan platform digital bagi mendapatkan input ataupun maklumat daripada orang ramai dengan lebih menyeluruh. Crowdsensing juga merupakan penyelesaiaan kos rendah dan mudah untuk digunakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Abdul Yazid Zuri Manah, Norshita Mat Nayan, & Mohamad Syahmi Shahril. (2024). KONSEP DAN ISU PENGUMPULAN DATA MENGGUNAKAN PENDEKATAN CROWDSENSING: ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2663