ANALISIS ARAH ALIRAN OBESITI DI MALAYSIA MENGIKUT JANTINA

Authors

  • Nur Aina Aqilah Muhamad Zaki Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nor Amirah Hasan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Khairunnisa’ Baharuddin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Rabiah Abdul Kadir Institut IR4.0, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Permasalahan obesiti ini merupakan suatu isu yang sangat membimbangkan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh permasalahan peningkatan bilangan kes obesiti yang mendadak dari tahun ke tahun tanpa mengira peringkat umur dan jenis jantina. Hal ini menunjukkan bahawa masalah ini adalah suatu masalah yang serius dan perlu diambil berat oleh semua pihak. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis trend obesiti yang melanda di Malaysia mengikut jantina pada tahun 2011, 2015 dan 2019 serta mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat di Malaysia. Metod yang digunakan didalam kajian ini adalah berbentuk kaedah pengumpulan data. Data-data tersebut akan melalui proses penyediaan data, penganalisisan data serta visualisasi data bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut. Maka, hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa golongan jantina perempuan telah memperolehi bilangan kes obesiti yang lebih tinggi berbanding golongan jantina lelaki. Malah pengkaji juga telah mendapati bahawa faktor gaya pemakanan seseorang individu adalah faktor utama yang mendorong kepada peningkatan permasalahan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Aina Aqilah Muhamad Zaki, Nor Amirah Hasan, Khairunnisa’ Baharuddin, & Rabiah Abdul Kadir. (2024). ANALISIS ARAH ALIRAN OBESITI DI MALAYSIA MENGIKUT JANTINA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2667