FAKTOR DEMOGRAFI YANG MEMPENGARUHI NIAT KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR ASNAF IPT

Authors

  • Bahtiar Jamili Zaini School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohammad Nizam Sarkawi School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Rosnalini Mansor School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Abdul Manaf Bohari School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohd Adil Mustaffa Lembaga Zakat Negeri Kedah, Malaysia

Abstract

Pendidikan dalam bidang keusahawanan di kalangan keluarga dari golongan asnaf adalah amat penting dan harus diberikan tumpuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara kita. Pengetahuan dan pendedahan berkaitan bidang keusahawanan perlu diterapkan semenjak awal pendidikan persekolahan kerana ia sangat membantu perkembangan kejayaan usahawan di kalangan keluarga asnaf. Banyak di kalangan keluarga asnaf telah menghantar anak mereka belajar sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan telah diberi pendidikan dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor demografi yang mempengaruhi niat keusahawanan pelajar asnaf di IPT terhadap bidang keusahawanan melalui kajian soal selidik dalam talian. Kajian ini melibatkan sebanyak 369 pelajar kategori asnaf di Universiti Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan pelajar asnaf ini mempunyai niat keusahawanan yang tinggi dengan purata 4.67 dan sisihan piawai 1.46. Ini menunjukkan pelajar asnaf menunjukkan mereka mempunyai kecenderungan niat positif yang kuat terhadap bidang keusahawanan. Dari segi factor demografi, pelajar lelaki mempunyai niat keusahawanan yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Manakala pelajar lepasan Diploma mempunyai niat keusahawan yang lebih tinggi berbanding pelajar lulusan STPM dan dikuti pelajar lulusan SPM. Kajian juga mendapati niat keusahawanan yang lebih tinggi bagi responden yang mempunyai pengalaman berniaga, mempunyai perniagaan sendiri dan bercita-cita untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Bahtiar Jamili Zaini, Mohammad Nizam Sarkawi, Rosnalini Mansor, Abdul Manaf Bohari, & Mohd Adil Mustaffa. (2024). FAKTOR DEMOGRAFI YANG MEMPENGARUHI NIAT KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR ASNAF IPT. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2680