POTENSI PENGGUNAAN BERIMPAK APLIKASI MUDAH ALIH JOM LAPOR ASNAF

Authors

  • Jasni Ahmad School of Multimedia Technology and Communication, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Suki Che Mohamed Arif School of Computing, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Azman Ta’a School of Computing, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Muhammad Shakirin Shaa’ri School of Computing, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Zakat merupakan satu sistem Islam yang sangat penting dalam menyantuni dan membangun umat yang memerlukan bantuan. Mekanisme yang proaktif dalam mengenalpasti dan melapor kes asnaf yang benar (genuine case) sangat penting menyumbang kepada sistem pengagihan zakat yang berkesan dan cekap. Jejak asnaf pula merupakan satu proses proaktif di mana pihak pengurusan zakat berusaha mencari para asnaf sebelum ianya diketahui umum (seperti tersebar melalui media sosial). Dalam arus media sosial, maklumat sangat pantas tersebar. Penyebaran maklumat ini bakal memberi persepsi yang sangat negatif kepada masyarakat, bahawanya pengurusan zakat sangat lemah dalam mengagihkan semula zakat yang mereka kutip kepada mereka yang berhak. Ianya akan memberi kesan psikologi yang buruk kepada pengeluar zakat, dan kepercayaan mereka menjadi rendah. Projek ini mengkaji perlaksanaan sistem jejak asnaf yang telah dilakukan secara manual oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan juga mengkaji keperluan-keperluan dalam menghasilkan sistem jejak asnaf yang baik. Kemudian analisis dilakukan untuk menghasilkan reka bentuk aplikasi mudah alih yang sesuai. Metodologi Pembangunan Aplikasi Cepat (RAD) digunakan untuk membangun aplikasi mudah alih dengan nama Jom Lapor Asnaf (JLA). Aplikasi ini telah melalui fasa penilaian kebolehgunaan terhadap 33 pengguna dan telah berjaya mendemokrasikan proses mengenalpasti dan melapor asnaf. Hasil ujian kebolehgunaan telah menunjukkan bahawa 95.5% pengguna berpuas hati dengan prestasi keseluruhan JLA. Sejumlah 91.1% menunjukkan bahawa aplikasi ini memudahkan pengguna, mesra pengguna, dan paparan persembahan yang ringkas serta menarik. 91.7% pengguna merasakan JLA meningkatkan usaha menjejaki dan mengenalpasti asnaf dengan lebih cekap dan berkesan. Ini memberi impak yang besar bahawa menggunakan aplikasi JLA banyak memberi manfaat kepada asnaf dalam usaha memberi pelbagai bentuk bantuan demi untuk kesejahteraan ummah sejagat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jasni Ahmad, Ahmad Suki Che Mohamed Arif, Azman Ta’a, & Muhammad Shakirin Shaa’ri. (2024). POTENSI PENGGUNAAN BERIMPAK APLIKASI MUDAH ALIH JOM LAPOR ASNAF. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2694