SISTEM TERAS PERBANKAN ISLAM: SUATU ANALISIS KUALITATIF TERHADAP AMALAN DAN KEPENTINGAN PEMBANGUNANNYA

Authors

  • Mohd Naufal Mohd Tarmizi Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, Malaysia
  • Ahmad Hidayat Buang Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Zaidi Daud Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, Malaysia

Abstract

Sistem teras perbankan merupakan sistem bahagian belakang yang memproses aktiviti-aktiviti perbankan harian. Ia menawarkan kemudahan kepada institusi-institusi perbankan Islam untuk menjalankan aktiviti perbankan Islam harian sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Sistem teras perbankan seharusnya menjadi alat pematuhan Syariah dalam kerangka perundangan perbankan Islam di Malaysia susulan terbitan polisi dokumen kontrak Syariah oleh Bank Negara Malaysia sejak penggubalan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Maka, kajian ini bertujuan meneliti amalan pembangunannya yang sedia ada. Berdasarkan metodologi kajian teks dan temu bual, kajian ini mendapati terdapat lima pendekatan yang berbeza dalam pembangunan sistem teras perbankan Islam sedia ada. Analisis juga mendapati kedudukan kontrak Syariah diletakkan oleh vendor-vendor tersebut dalam sistem teras perbankan Islam mereka sama ada sebagai satu modul khusus atau sebagai asas pengoperasian sistem teras perbankan Islam. Berdasarkan dapatan tersebut, artikel ini menjelaskan kepentingan pembangunan sistem teras perbankan berasaskan kontrak Syariah yang dapat mengurangkan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Naufal Mohd Tarmizi, Ahmad Hidayat Buang, & Mohd Zaidi Daud. (2024). SISTEM TERAS PERBANKAN ISLAM: SUATU ANALISIS KUALITATIF TERHADAP AMALAN DAN KEPENTINGAN PEMBANGUNANNYA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2707