PENILAIAN HEURISTIK TERHADAP TAHAP PERSUASIF SISTEM E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOOCs
Abstract
Konsep pembelajaran Massive Open Online Courses (MOOCs) mampu menerima sejumlah besar pengguna dan ianya memerlukan sedikit pengetahuan asas berkaitan subjek yang diambil. Teknologi ini berupaya mewujudkan dinamisme dan personalisasi pengalaman pembelajaran pengguna yang lebih luas. Bagi memastikan sistem e-pembelajaran MOOCs ini dapat memberi manfaat kepada pengguna, penyelidik perlu memahami dan mempertimbangkan faktor kognisi dan motivasi pengguna. Teknologi persuasif boleh diaplikasikan dan disepadukan untuk memudahkan penyesuaian pelajar di samping mempercepatkan perubahan sikap mereka tanpa menggunakan paksaan. Teknologi ini akan mewujudkan hubungan antara individu melalui interaksi pengantaraan komputer atau interaksi manusia-komputer-manusia, serta interaksi antara individu dan komputer. Oleh kerana kejayaan dalam penggunaan sistem e-pembelajaran bergantung kepada kesediaan dan penerimaan pelajar, tahap penggunaan sistem e-pembelajaran yang rendah sebelum ini menyebabkan manfaat pembelajaran dalam talian tidak dapat diterima secara optimum. Penyelidikan terhadap topik ini masih berada pada peringkat awal yang mana pendapat atau persepsi pelajar tidak dikaji sepenuhnya. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada penilaian heurisitik terhadap tahap persuasif sistem Pembelajaran Terbuka (PT) yang digunakan di institusi pengajian tinggi Malaysia. Penilaian heuristik sistem Pembelajaran Terbuka (PT) melibatkan dua pakar penilai dan penilaian ini dilakukan dalam bentuk perbincangan bersemuka. Kedua-dua pakar penilai merupakan pencipta kandungan bagi sistem PT yang juga pakar dalam bidang e-pembelajaran dan terlibat daripada fasa awal penggunaan sistem PT di Malaysia. Penilaian yang dilakukan terhadap sistem PT ini menfokuskan empat kategori persuasif iaitu; 1) sokongan tugasan utama; 2) sokongan dialog; 3) sokongan kredibiliti; dan 4) sokongan sosial. Empat kategori persuasif ini digariskan dalam Model Pembangunan Reka Bentuk Persuasif (PRP). Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa kedua-dua pakar bersetuju bahawa kategori sokongan dialog perlu ditambah baik dengan menfokuskan kepada penambahbaikan ciri-ciri peringatan yang berkesan pada sistem PT. Prinsip peringatan merupakan salah satu prinsip persuasif yang digariskan dalam Model Pembangunan Reka Bentuk Persuasif (PRP).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Hidir Mhd Salim, Nazlena Mohamad Ali, & Mohamad Syahmi Shahril. (2024). PENILAIAN HEURISTIK TERHADAP TAHAP PERSUASIF SISTEM E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOOCs. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2716
Issue
Section
Articles