PERKAITAN PENGANGGURAN, PASARAN BURUH DAN INDEKS HARGA PENGELUAR (IHPR) SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS COVID-19
Abstract
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020 telah menyebabkan ketidakstabilan yang ketara dalam sektor ekonomi global. Satu aspek yang terjejas secara drastik ialah pasaran buruh, dengan peningkatan jumlah pengangguran yang tidak seperti sebelum ini. Di samping itu, implikasi pandemik ini juga dapat dikenalpasti melalui indeks harga pengeluar, dengan turun naik harga yang tidak dapat dijangka dalam perbelanjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyiasat perkaitan antara pasaran buruh, jumlah pengangguran dan indeks harga pengeluar sebelum, semasa dan selepas pandemik Covid-19 ini. Kajian ini akan menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisaan data secara kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data sekunder daripada sumber yang boleh dipercayai seperti Portal Data Terbuka Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data itu akan merangkumi petunjuk utama seperti jumlah pengangguran, pasaran buruh dalam industri yang berbeza, upah, kadar pengangguran, serta indeks harga pengeluar dalam tempoh masa yang relevan sejak bermulanya pandemik. Kajian mendapati bahawa penguatkuasaan PKP telah menjejaskan pasaran buruh, jumlah pengangguran dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR), Pasaran buruh semakin menjadi berkurangan sekaligus menyebabkan jumlah pengangguran meningkat. Perubahan pada IHPR pula adalah bergantung kepada jenis industry. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesan pandemik COVID-19 di Malaysia terhadap pasaran buruh, pengangguran dan indeks harga pengeluar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurdini Athirah Ismail, Nurul Shahieda Fatiehah Mohamad Zukiram, & Ely Salwana. (2024). PERKAITAN PENGANGGURAN, PASARAN BURUH DAN INDEKS HARGA PENGELUAR (IHPR) SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS COVID-19. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2720
Issue
Section
Articles