ANALISIS KANDUNGAN TERHADAP GAMBAR LAMA BAGI MENCUNGKIL MAKLUMAT MENGENAI FESYEN ZAMAN SILAM DALAM KONTEKS NEGERI KEDAH

Authors

  • Fakhrul Anuar Aziz Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Husniza Husni Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Muhamad Mat Yakim Pejabat Menteri Besar Kedah, Malaysia
  • Jasni Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Gambar lama dapat memberikan maklumat yang dikehendaki misalnya fesyen pakaian pada zaman dahulu. Gambarfoto bersejarah menjadi dokumen penting bagi mendapatkan maklumat silam. Maklumat sebegini amat penting dalam pembikinan filem atau drama yang memerlukan ketepatan sejarah dari sudut pakaian. Kajian ini menggunakan gambar dari proses fotografi sebagai kaedah penyelidikan. Gambar-gambar lama daripada koleksi pengumpul gambar digunakan sebagai bahan kajian. Hasilnya, beberapa maklumat penting berkaitan fesyen pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 dapat dikenalpasti. Misalnya, berdasarkan gambar yang diperhatikan, didapati terdapat pengaruh pakaian Inggeris, Arab, China dan India.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fakhrul Anuar Aziz, Husniza Husni, Muhamad Mat Yakim, & Jasni Ahmad. (2024). ANALISIS KANDUNGAN TERHADAP GAMBAR LAMA BAGI MENCUNGKIL MAKLUMAT MENGENAI FESYEN ZAMAN SILAM DALAM KONTEKS NEGERI KEDAH. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2743