KAJIAN PUNCA PENINGKATAN GOLONGAN B40 AKIBAT COVID-19 DAN INISIATIF BANTUAN KERAJAAN

Authors

  • Rabiah Abdul Kadir Institut Informatik Visual, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nur Afiqah Abdul Rahman Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nur Jumah Sari Azman Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nur Nabihah Mohd Naim Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini khusus dijalankan untuk mengenal pasti punca peningkatan kadar golongan B40 dalam kalangan masyarakat akibat wabak COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2019 sehingga tahun 2021. Punca utama yang dapat dikenal pasti yang menjadi punca bertambahnya golongan B40 dalam kalangan masyarakat di negara ini adalah disebabkan oleh berlakunya kos sara hidup yang tinggi, kehilangan punca pendapatan, jumlah peluang pekerjaan yang terhad serta tawaran gaji yang rendah. Kajian ini dijalankan dengan mengambil data primer daripada laman sesawang openDOSM serta beberapa akhbar tempatan secara atas talian seperti Astro Awani, Berita Harian, Sinar Harian dan Harian Metro. Kami juga mengumpulkan data sekunder iaitu dengan menyebarkan borang kaji selidik yang telah mendapat seramai 57 orang responden yang terdiri daripada golongan masyarakat dengan umur serta taraf yang berbeza. Di Dalam kajian ini kaedah analisis data yang telah kami lakukan adalah menggunakan peratusan kekerapan maklumat yang diberikan oleh responden itu sendiri. Analisis data dilakukan selepas mendapat data yang telah dikutip daripada 57 orang responden tersebut. Kesemua data disunting dan ditukarkan dalam bentuk angka supaya lebih mudah untuk difahami dan mudah untuk dianalisis sebagai contohnya data yang diperoleh dalam kajian ini akan dikategorikan mengikut kekerapan dan ditulis dalam bentuk peratusan, min, graf, dan carta. Melalui kajian ini didapati bahawa lebih daripada separuh respondan bersetuju bahawa punca peningkatan golongan B40 dalam kalangan rakyat di negara ini adalah disebabkan oleh punca-punca yang telah dinyatakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Rabiah Abdul Kadir, Nur Afiqah Abdul Rahman, Nur Jumah Sari Azman, & Nur Nabihah Mohd Naim. (2024). KAJIAN PUNCA PENINGKATAN GOLONGAN B40 AKIBAT COVID-19 DAN INISIATIF BANTUAN KERAJAAN. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 9(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2746