HUBUNGAN ANTARA PESAKIT AIDS DENGAN PENAGIH DADAH MENGIKUT JANTINA DAN NEGERI DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2021

Authors

  • Ely Salwana Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norshita Mat Nayan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Amirah Sabrina Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurin Nadhrah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Najwa Muhammad Nazim Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

AIDS, Dadah, Jantina, Negeri

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan hubungan di antara pesakit AIDS dengan penagih dadah di Malaysia. Laporan ini memaparkan data-data yang diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari data portal, Jabatan Perangkaan Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain. Data yang diperoleh adalah data pesakit AIDS dan data penagih dadah mengikut jantina dan negeri dari tahun 2016 sehingga 2021.  Melalui kajian ini, trend antara pesakit AIDS dan penagih dadah dapat dianalisis dan korelasi antara dua data ini juga dapat dikaji. Tambahan lagi, purata bagi kedua-dua hubungan pada setiap tahun juga dianalisis bagi memperoleh pola peningkatan ataupun penurunan berdasarkan tahun sebelumnya.  Hasil dapatan dari kajian yang dijalankan dipaparkan melalui paparan secara visualisasi seperti graf. Hasil analisis mendapati bahawa bahawa bilangan pesakit AIDS lebih banyak dipengaruhi oleh gejala seks tidak selamat berbanding suntikan jarum (penagih dadah).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-19

How to Cite

Ely Salwana, Norshita Mat Nayan, Nur Amirah Sabrina, Nurin Nadhrah, & Nur Najwa Muhammad Nazim. (2024). HUBUNGAN ANTARA PESAKIT AIDS DENGAN PENAGIH DADAH MENGIKUT JANTINA DAN NEGERI DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2021. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 9(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/4156