PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN PENYELIAAN SISWAZAH BERPUSATKAN PELAJAR BERASASKAN METODOLOGI AGILE

Authors

  • Hafizhah Suzana Hussien Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Hidir Mhd Salim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norshita Mat Nayan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Taha Ijab Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Armin Razita Bong Julita Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zulkepli Mukhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Syahmi Shahril Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Farah Liza Ramli Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Mutalib Omar Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Penyeliaan Siswazah, Metodologi Agile, Sistem Penyeliaan Elektronik

Abstract

Kajian ini meneroka pembangunan sistem pengurusan penyeliaan pelajar siswazah yang berpusatkan pelajar menggunakan metodologi Agile di institusi pendidikan tinggi. Sistem ini direka untuk meningkatkan pengalaman penyeliaan pelajar siswazah, khususnya dalam konteks program kedoktoran di mana penyelesaian yang tepat pada masanya sering menjadi cabaran. Metodologi Agile, yang dicirikan oleh proses iteratif dan kolaborasi, dapat menyediakan sokongan berstruktur yang diperlukan sepanjang proses penyelidikan dan penyeliaan. Walau bagaimanapun, pembangunan sistem ini menghadapi beberapa isu dan cabaran. Salah satu cabaran utama adalah keperluan untuk membina hubungan yang kukuh antara pelajar dan penyelia, yang mengimbangi antara bimbingan dan autonomi. Tambahan pula, penerapan metodologi Agile memperkenalkan kerumitan tambahan dalam pengurusan projek penyeliaan, yang boleh menyebabkan kekeliruan mengenai peranan dan tanggungjawab dalam kalangan penyelia dan pelajar. Isu lain termasuk reka bentuk dan penyampaian kursus yang berkesan berdasarkan prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan menyokong. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan adaptif, menggabungkan kaedah Pembangunan Perisian Kitaran Hidup (SDLC) Agile. Data dikumpulkan melalui temubual dan kajian literatur, serta menggunakan Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS) untuk menilai kepuasan pengguna. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun sistem ini diterima baik oleh pengguna, terdapat ruang untuk penambahbaikan, khususnya dalam aspek konsistensi penggunaan dan navigasi. Kesimpulannya, sistem ini dapat meningkatkan pengalaman pendidikan pelajar dengan memfasilitasi komunikasi dan kolaborasi yang lebih baik antara pelajar, penyelia, dan pentadbir. Namun, untuk memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan, perlu ada penambahbaikan berdasarkan maklum balas pengguna dan cabaran yang dikenalpasti. Cadangan termasuk pengoptimuman pengalaman pengguna, peningkatan latihan dan sokongan, dan perbaikan saluran komunikasi. Melalui penambahbaikan ini, sistem penyeliaan yang lebih responsif dan efektif dapat diwujudkan, menyumbang kepada kejayaan dan kepuasan pelajar siswazah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-19

How to Cite

Hafizhah Suzana Hussien, Mohamad Hidir Mhd Salim, Norshita Mat Nayan, Mohamad Taha Ijab, Armin Razita Bong Julita, Zulkepli Mukhtar, Mohamad Syahmi Shahril, Nur Farah Liza Ramli, & Abdul Mutalib Omar. (2024). PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN PENYELIAAN SISWAZAH BERPUSATKAN PELAJAR BERASASKAN METODOLOGI AGILE. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 9(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/4158