PENILAIAN APLIKASI PEMBELAJARAN SOKONGAN PELAJAR BERASASKAN REKA BENTUK PERSUASIF
THE EVALUATION OF A STUDENT SUPPORT LEARNING APPLICATION BASED ON PERSUASIVE DESIGN
DOI:
https://doi.org/10.35631/JISTM.937001Keywords:
Reka Bentuk Persuasif (Persuasive Design), Sistem Sokongan Pelajar (Student Support Systems), E-Pembelajaran (E-Learning)Abstract
Pembelajaran abad ini berhadapan dengan cabaran besar terutama sewaktu pandemik. Pembelajaran dalam talian merupakan antara faktor penurunan prestasi pelajar yang disebabkan oleh hilang fokus, kurang motivasi, tekanan serta gangguan psikologi. Keadaan ini menyebabkan motivasi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran menurun. Permasalahan ini dapat diselesaikan dengan sokongan teknologi pembelajaran yang mampu mengukuhkan sikap pelajar terhadap pembuatan keputusan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran, prestasi dan motivasi. Media komunikasi seperti audio video didapati masih kurang memenuhi keperluan dalam meningkatkan tahap pengalaman pembelajaran pelajar. Teknologi pembelajaran berasaskan persuasif perlu dibangunkan khusus bagi mensasarkan perubahan sikap pelajar dalam pembelajaran berkesan. Kajian ini dilakukan bagi menguji aplikasi sokongan pembuatan keputusan TemanKajianKu (TKK) sebagai alatan pembelajaran kendiri berasaskan reka bentuk persuasif. Antara prinsip persuasif yang akan dikaji adalah seperti prinsip pengurangan, penyesuaian, pelaziman, dan pemantauan kendiri. Skop pengguna sasaran adalah dalam kalangan pelajar universiti. Hasil kajian menunjukkan respon positif pengguna prototaip aplikasi TKK dengan cadangan penambahbaikan. Selain itu, responden juga menyatakan aplikasi TKK mampu memberikan pengalaman pembelajaran positif dan berpotensi mengukuhkan pengalaman pembelajaran berkesan. Kepentingan kajian ini juga adalah sejajar dengan TERAS UKM yang memacu kepada Pendidikan 4.0 dalam penerapan pengalaman pembelajaran berkesan.
Learning in this century faces significant challenges, especially during the pandemic. Online learning is one of the factors contributing to the decline in student performance due to loss of focus, lack of motivation, stress, and psychological disturbances. This situation has led to a decrease in students' motivation and attitudes towards learning. This problem can be addressed with learning technologies that can strengthen students' attitudes towards decision-making and enhance learning experiences, performance, and motivation. Communication media such as audio and video are still insufficient to meet the needs of improving students' learning experiences. Persuasive-based learning technology needs to be developed specifically to target changes in student attitudes for effective learning. This study was conducted to test the decision-support application, 'TemanKajianKu' (TKK), as a self-learning tool based on persuasive design. Among the persuasive principles to be studied are the principles of reduction, adaptation, conditioning, and self-monitoring. The target user scope is university students. The results of the study show positive responses from users of the TKK application prototype, with suggestions for improvements. Additionally, respondents stated that the TKK application can provide a positive learning experience and has the potential to strengthen effective learning experiences. The importance of this study is also in line with UKM's core objective, which drives Education 4.0 towards implementing effective learning experiences.