MENEROKA KESEDARAN TERHADAP TEKNOLOGI IMERSIF: POTENSI DAN CABARAN
EXPLORING THE AWARENESS OF IMMERSIVE TECHNOLOGY: POTENTIAL AND CHALLENGES
DOI:
https://doi.org/10.35631/JISTM.937008Keywords:
Teknologi Imersif (Immersive Technology), Realiti Maya (Virtual Reality), Realiti Terimbuh (Augmented Reality), Strategi Pendidikan (Educational Strategies)Abstract
Teknologi imersif, seperti Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR), semakin mendapat perhatian dalam sektor pendidikan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap kesedaran dan penerimaan teknologi imersif dalam kalangan guru, pelajar, dan kakitangan pendidikan di Negeri Perlis. Kajian ini juga mengenal pasti strategi yang berkesan untuk meningkatkan pelaksanaannya dalam bilik darjah. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik yang melibatkan 90 responden daripada kakitangan sektor pendidikan, guru dan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi imersif berpotensi besar untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar serta memudahkan pemahaman terhadap konsep-konsep yang kompleks dalam mata pelajaran disekolah. Responden menyatakan bahawa penggunaan AR dan VR telah menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif, sekaligus meningkatkan motivasi pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang dikenal pasti, antaranya kos peralatan yang tinggi, kekurangan latihan untuk guru, dan masalah teknikal seperti kesukaran mengakses teknologi di kawasan luar bandar. Kajian ini turut mencadangkan beberapa strategi untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut, termasuk memperluaskan akses kepada peralatan teknologi imersif melalui kerjasama dengan pihak kerajaan dan sektor swasta, serta menyediakan latihan komprehensif kepada guru-guru agar mereka lebih bersedia mengintegrasikan teknologi ini ke dalam pengajaran. Tambahan pula, kurikulum harus disesuaikan agar selari dengan penggunaan AR/VR dalam mencapai objektif pembelajaran. Namun demikian, teknologi imersif berpotensi untuk memperbaiki pengalaman pembelajaran dan meningkatkan motivasi pelajar, namun usaha yang lebih agresif diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dalam sistem pendidikan di Malaysia terutama di negeri Perlis.
Immersive technologies, such as Virtual Reality (VR) and Augmented Reality (AR), are gaining increasing attention in the education sector worldwide, including in Malaysia. This study aims to explore the level of awareness and acceptance of immersive technologies among teachers, students, and educational staff in Perlis. It also identifies effective strategies to enhance its implementation in the classroom. Data for this study was collected through a survey involving 90 respondents from the educational sector, including teachers and students. The findings indicate that immersive technologies have great potential to enhance student engagement and facilitate understanding of complex concepts in school subjects. Respondents reported that the use of AR and VR has made learning more engaging and interactive, thus increasing student motivation. However, several challenges were identified, such as the high cost of equipment, lack of training for teachers, and technical issues, including difficulties in accessing the technology in rural areas. This study also proposes several strategies to address these challenges, including expanding access to immersive technology equipment through collaborations with the government and private sectors, and providing comprehensive training to teachers to better prepare them for integrating this technology into their teaching. Additionally, the curriculum should be adjusted to align with the use of AR/VR to meet learning objectives. Nonetheless, immersive technologies hold great potential to improve the learning experience and increase student motivation, but more aggressive efforts are needed to ensure its successful implementation within the education system in Malaysia, particularly in Perlis.