KEBERKESANAN LAMAN WEB ULPL@POLINILAI: PENGURUSAN MAKLUMAT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN KAKITANGAN
EFFECTIVENESS OF ULPL@POLINILAI WEBSITE: INFORMATION MANAGEMENT OF TRAINING AND DEVELOPMENT STAFF
DOI:
https://doi.org/10.35631/JISTM.937024Keywords:
Laman Web (Website), Latihan (Training), Pengurusan Maklumat (Information Management), Teknologi (Technology), Unit Latihan (Education Unit),Abstract
Latihan dan pengurusan pembangunan kakitangan yang berterusan adalah penting untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam persekitaran kerja. Ia juga dapat meningkatkan kecekapan serta kepuasan kerja kakitangan. Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan merupakan unit di bawah bahagian sokongan akademik yang bertanggungjawab untuk menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan , merancang dan mengurus program Pembelajaran Sepanjang Hayat serta mengurus kemudahan pengurusan di ULPL. Pembangunan laman web maklumat latihan dan pembangunan kakitangan ini dibangunkan untuk membantu menyediakan maklumat yang komprehensif dan teratur merangkumi pengurusan latihan, kemudahan dan perkhidmatan diberikan. Objektif bagi penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan laman web ULPL@POLINILAI melalui persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahan penggunaan laman web. Kajian ini berdasarkan sumber utama dan menggunakan teknik persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada pengguna perkhidmatan ULPL dari November 2023 hingga Mac 2024. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Sciences 25.0 bagi memenuhi objektif kajian. Dapatan menunjukkan keberkesanan laman web melalui persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahan pada tahap tinggi. Ia mendapati laman web ULPL@POLINILAI berkesan untuk pengurusan kursus dalaman dan luaran, pengurusan PSH, dan pengurusan kemudahan. Ia juga sejajar dengan kemajuan teknologi semasa dengan laman web ini lebih mudah dalam kebolehcapaian maklumat kepada kakitangan.
Ongoing training and management of staff development is essential to maintaining a competitive edge in the work environment. It can also increase the efficiency and job satisfaction of staff. The Training & Continuous Education Unit is under the academic support division responsible for organizing In-Service Courses, planning and managing Lifelong Learning programs, and managing management facilities at ULPL. The development of this training and staff development information website was developed to help provide comprehensive and organized information covering training management, facilities, and services provided. The objective of this research is to identify the level of effectiveness of the ULPL@POLINILAI website through the perception of usefulness and the perception of ease of use of the website. This study is based on primary sources and uses a purposive sampling technique that focuses on ULPL service users from November 2023 to March 2024. The results of the study are analyzed using Statistical Packages for The Social Sciences 25.0 software to meet the objectives of the study. Findings show the effectiveness of the website through the perception of usefulness and the perception of convenience at a high level. It found the ULPL@POLINILAI website effective for internal and external course management, PSH management, and facility management. It is also in line with current technological advances with the website being easier in the accessibility of information to staff.