KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN: PEMBANGUNAN LAMAN WEB KAUNSELING MADANI SEBAGAI ‘ONE STOP CENTRE’ PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES

Authors

  • Emilia Man Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim
  • Mohammad Aziz Shah Mohamed Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim
  • Ahmad Jazimin Jusoh Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim
  • Noor Asiah Hassan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim
  • Mohd Hafiz Mohd Yusof Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
  • Sharin Bakar Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
  • Farah Adiba Ahmad Faridun Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
  • Halimatun Saadiah Jamhari Pejabat Pendidikan Kuala Langat
  • Norhisham Hamzah Sekolah Kebangsaan Beranang

DOI:

https://doi.org/10.35631/JISTM.937028

Keywords:

Analisis Keperluan (Needs Analysis), Laman Web Kaunseling (Website Development), One Stop Centre, Psikologi Dan Kaunseling (Psychology, And Counseling)

Abstract

Dalam era digital yang pesat berkembang penggunaan teknologi dalam penyebaran ilmu menjadi semakin penting. Ilmu psikologi dan kaunseling tidak terkecuali kerana ianya merupakan ‘platform’ ringkas dan mudah dijadikan sebagai rujukan umum dalam menangani pelbagai isu kesejahteraan mental. Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan berkaitan kesihatan mental. Isu ini memberi kesan terhadap kepincangan tingkah laku dan kerapuhan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia yang membawa kepada perlunya pembangunan laman Web Kaunseling Madani dalam usaha meningkatkan penyebaran ilmu psikologi dan kaunseling dalam kalangan warga pendidikan. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru dan empat orang murid menggunakan kaedah temu bual separa struktur manakala kajian kuantitatif melibatkan 44 orang guru responden menggunakan ‘google form’ soal selidik keperluan kajian. Analisis dilaksanakan berdasarkan keperluan guru-guru untuk menggunakan laman web ini sebagai ‘one stop centre’ dalam mendapatkan bahan rujukan dan melalui keperluan yang diharapkan oleh responden dalam usaha memahami, menyebarkan dan meningkatkan kemahiran kaunseling dalam bentuk interaktif. Namun begitu, kajian ini hanya menekankan kepada fasa analisis sahaja. Kajian kuantitatif mempunyai lima item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor peratus terdiri daripada lima kriteria iaitu tahap penggunaan, pengetahuan, isi kandungan yang bersesuaian di dalam ‘Laman Web’ yang diharapkan. Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan peratus yang tinggi terhadap keperluan pembangunan Laman Web Kaunseling Madani untuk menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling. Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan  pembinaan Laman Web  Kaunseling Madani memberi impak dalam menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling   dalam dunia alaf baharu. Kesimpulannya, kajian berkaitan isu-isu baharu dengan menggunakan perisian digital perlu ditambahbaik dan diperbanyakkan   bagi menarik minat guru, murid dan komuniti mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.  

In the rapidly evolving digital era, the use of technology in the dissemination of knowledge has become increasingly important. The field of psychology and counseling is no exception as it serves as a simple and easily accessible platform for general reference in addressing various mental well-being issues. A needs analysis study was conducted to examine issues and problems related to mental health. This issue affects behavioral disruptions and emotional fragility among Malaysians, leading to the need for the development of the Madani Counseling Website in an effort to enhance the dissemination of psychological and counseling knowledge among the educational community. This study was conducted qualitatively and quantitatively. The qualitative study, which used purposive sampling, involved three teachers and four students through semi-structured interviews, while the quantitative study involved 44 teacher respondents using a Google Form questionnaire for the research needs. The analysis was conducted based on the teachers' need to use this website as a 'one-stop center' for obtaining reference materials and through the needs expected by the respondents in their efforts to understand, disseminate, and enhance counseling skills in an interactive form. However, this study only emphasizes the analysis phase. The quantitative study has five survey items that are analyzed descriptively through percentage scores consisting of five criteria, namely the level of use, knowledge, and appropriate content within the expected 'Website.' The findings from all items in the survey indicate a high percentage towards the need for the development of the Madani Counseling Website to disseminate psychology and counseling knowledge. The results of this needs assessment are important to ensure that the construction of the Madani Counseling Website has an impact in disseminating psychology and counseling knowledge in the new millennium. In conclusion, research related to new issues using digital software needs to be improved and expanded to attract the interest of teachers, students, and the community in accessing psychological and counseling services.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Emilia Man, Mohammad Aziz Shah Mohamed, Ahmad Jazimin Jusoh, Noor Asiah Hassan, Mohd Hafiz Mohd Yusof, Sharin Bakar, Farah Adiba Ahmad Faridun, Halimatun Saadiah Jamhari, & Norhisham Hamzah. (2024). KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN: PEMBANGUNAN LAMAN WEB KAUNSELING MADANI SEBAGAI ‘ONE STOP CENTRE’ PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING: NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 9(37). https://doi.org/10.35631/JISTM.937028