PENGARUH SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Irma Wani Othman Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Hasbullah Awang Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Muhammad Safuan Yusoff Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Herlina Jupiter Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Keywords:

: Universiti Malaysia Sabah, Sosio Budaya, Pelajar Antarabangsa

Abstract

Pengantarabangsaan pendidikan bukan sahaja mengangkat martabat sesebuah negara, akan tetapi ianya juga antara penyumbang utama terhadap ekonomi negara. Malaysia mengorak langkah dalam pengantarabangsaan dengan mengrekrut pengambilan pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam mencapai misi wawasan 2020. Sebagai Universiti Awam ke sembilan yang di tubuhkan di Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyahut cabaran pengantarabangsaan dengan menawarkan pelbagai program pengajian kepada pelajar antarabangsa. Dengan wujudnya kepelbagaian warganegara, UMS menjadi sebuah universiti yang dapat menonjolkan pelbagai budaya bukan sahaja daripada pelajar tempatan tetapi juga daripada pelajar antarabangsa itu sendiri. Objektif yang ingin di capai melalui kajian ini adalah ingin mengenalpasti pengaruh sosiobudaya dikalangan pelajar antarabangsa di UMS. Hasil kajian ini diharap dapat membantu UMS dalam mempelbagaikan lagi program dengan melibatkan pelajar antarabangsa dan masyarakat tempatan melalui pendedahan kepada budaya tempatan agar pelajar antarabangsa ini tidak berasa kekok sepanjang tempoh pengajian mereka

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-03-31

How to Cite

Irma Wani Othman, Hasbullah Awang, Muhammad Safuan Yusoff, & Herlina Jupiter. (2017). PENGARUH SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 2(3), 01–06. Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/884