KAJIAN POTENSI PELAKSANAAN PROGRAM BEKERJA DARI RUMAH BAGI STAF AKADEMIK: SATU KAJIAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Keywords:
Program Bekerja Dari Rumah, Kesediaan, Staf Akademik, Universiti Awam MalaysiaAbstract
Tahun 2020 menyaksikan dunia telah dilanda pandemik Covid-19 yang telah banyak mengubah landskap sosial dan ekonomi banyak negara secara global. Antara perubahan akibat merebaknya wabak ini adalah melibatkan cara manusia bekerja. Dengan merebaknya wabak ini, penduduk dikebanyakkan kawasan sudah mula memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara termasuk jual beli dan pekerjaan bagi meminimakan diri dari terdedah dengan aktiviti di luar rumah. Kajian ini dijalankan bagi tujuan melihat potensi pelaksanaan program bekerja dari rumah dikalangan staf akademik di sebuah universiti awam di Malaysia. Satu soal selidik telah dijalankan untuk melihat maklumbalas tentang pelaksanaan program ini dan mendapati, rata-rata staf akademik percaya program ini boleh dilaksanakan dikalangan staf akademik dan mereka menyatakan persediaan mereka untuk turut serta dalam menyokong pelaksanaan program ini.