VISUALISASI DATA E-DAGANG MENGGUNAKAN AUGMENTASI REALITI

Authors

  • Azzan Amin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Haslina Arshad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ummul Hanan Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

E-Dagang, Ramalan Keuntungan, Visualisasi Data

Abstract

Visualisasi data dapat dilihat sebagai elemen yang signifikan dalam analisis data dan komunikasi. Apabila penglibatan data menjadi semakin banyak dan kompleks, persembahan data secara visual sememangnya membantu pengguna bagi memudahkan pemahaman terhadap penyampaian data tersebut. Pada masa kini, paparan data secara dua dimensi (2D) kerap digunakan untuk proses visualisasi data, namun ketiadaan dimensi kedalaman menyebabkan pemahaman terhadap sesuatu data itu menjadi terhad dan tidak efisien. Oleh itu, keberkesanan AR dalam visualisasi data dikaji melalui pembangunan sebuah aplikasi AR Visualisasi Data menggunakan Data E-Dagang. Model pembelajaran mesin juga terlibat dalam pembangunan aplikasi AR ini bagi penyediaan data untuk fungsi analisis ramalan. Untuk menyediakan Data EDagang yang berkualiti dan model pembelajaran mesin yang optimum, proses sains data dijalankan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Data E- Dagang yang dipilih bagi kajian ini merupakan data terbuka yang diambil melalui laman sesawang Kaggle. Set data ini mempunyai 9994 bilangan data dan 21 attribut. Aplikasi AR Visualisasi Data ini akan memudahkan pengguna untuk memahami Data E-Dagang dengan mendalam melalui penggunaan teknologi AR dan berkemampuan untuk membuat visualisasi ramalan bagi keuntungan jualan berdasarkan algoritma model “Auto Regressive Integrated Moving Average” (ARIMA).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-07

How to Cite

Azzan Amin, Haslina Arshad, & Ummul Hanan Mohamad. (2020). VISUALISASI DATA E-DAGANG MENGGUNAKAN AUGMENTASI REALITI. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 5(19), 104-`122. Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/1115